Thursday, November 25, 2010

Beg Hensem

Aku ada satu beg ni.
Yang specialnya, beg ni hensem.
Serius dia memang hensem.
Murah je pun beg ni. Murah sampai aku x ingat harga dia :D


Ini baju. Bukan beg.

Pasal apa aku cakap hensem?
Sebab mana2 je aku pegi, xde sape yg x pandang..
Ye la yela, mmg ada yg x pandang..
Tapi majoriti mmg akan pandang..
Oh, kenapa ye diorang sumer pandang beg kau Cik Ureiha Lat?
Sebab beg aku henggsem la..Berapa kali nak bagitau
HAHAHAHA <----kalau xnak gelak pun, sila paksa diri
*dushum-bunyi kena silambam ngan readers*

Okeh2 aku bgtau...
xyah nak guna tangan kaki pulak
letak tepi dulu kayu hoki tu
Kalau aku hilang ingatan lepas kena hentak, sape yg nk ingatkan pasal utang 5 hengget ko kat aku.?
Eh, apa? aku yg hutang ko 14 hengget? Silalah hentak aku sekarang.


 Inilah dia beg yang perasan hensem dan penuh kontroversi tu. Oh, model tu adik aku si Firdaus. Susah nak jawab kenapa dia tanak tunjuk muka. Mungkin sebab dia x hensem.

Dulu, inilah beg yg aku usung sana sini
Pegi kelas
Pegi shopping
Pegi jalan2
Pegi mana2lah pendek kata..

Bagi aku beg ni mmg best, sbb kreatif la kononnya, walhal berat ya amat.
Aku suka sangat2 beg ni, tapi aku x suka perhatian yg aku dapat dari beg ni
Giler kau, aku naik LRT org pandang, aku naik bas orang jeling
Tu belum lagi yg terlebih ramah buat interview kat tengah2 kenderaan awam.
Aku dahla stok x suka bercakap.

Pada asalnya, idea meletak button badges ni datang dari Ain. Sebab nak cover bahagian beg yang terkoyak.
Lepas tu terus jadi habit. Nampak je yang comel2 terus beli.
Nak2 lagi bila pegi CM. Dah belajar kat Shah Alam, jumpa pulak kedai yang jual menatang ni kat Kompleks PKNS. Agak mahal tapi tahan lama la jugak.

Kawan2 ngan famili pun bagi support. Siap wakafkan lagi diorang punya button kat aku. Terima kasih ye korang ;)
Tapi sayang sebab banyak yang dah tercicir, tercabut dan rosak.
Aku pulak jenis yang main redah je., memang padanla muka..
Takkan aku nak balut beg aku ngan plastik dan jalan macam miss world pulak...


Selain daripada berat, menarik perhatian, agak bising dan selalu tersangkut-sangkut dekat apa-apa-ntah,
beg ni selalu buat aku konfius. Kejap aku kira ada 51, kejap ada 50. Kira lagi ada 51 pulak.
Susah tau hati aku! XD

Kalau aku dapat susun macam ni, senang sikit nak kira. (Source)


Eh, apa?
Kau nak cakap beg aku ni x hensem, lagi menyemakkan?
Suka hati korang la...
Kehenseman itu kan subjektif
dan hak milik setiap insan..eh setiap beg..apa2 je lah....

Update : Ok, skang Firdaus dah merajuk tanak belikan aku eskem cornetto stoberi. Jadik kena buat pembetulan. Firdaus hensem la. Pergh ensem giler!! Done. Mana eskem akak?

Tuesday, November 16, 2010

Eh, kembar ke?


Eh, kembar ke?
duh..nila soklan yg paling femes kedengaran kalau aku keluar berdua-duaan dengan adik aku, Ain..
Sejak dari zaman berhingus sampailah errm oh sekarang pon berhingus lagi, gaya org yg menanya tu sama je
  • Pandang kitorang atas bawah
  • Pandang kitorang gilir-gilir. Lepas pndg aku, pandang Ain, pastu pandang aku balik dan begitu la seterusnya. Ish, x sakit ke tengkuk tu? rasa mcm nk betulkan je paksi tengkuk dia, tp disebabkan x berapa nak hensem, malas aku nak layan :D
  • Pastu tanya "Eh, adik beradik ke ni?"
  • Pastu tanya lagi "Kembar ye?"
  • Lastly, "Eh, ada mix ye?"
Jawapan yg aku bg selalunya bergantung pada mood aku..
Kadang2 aku jawab sejujur-jujurnya
Kadang2 aku jawab merepek-repek
Kadang2 x jawab langsung

Yeah kitorang memang kembar, tp kembar tahun je sbb jarak umur juz 11 bulan..
Masa kecik lao org terkenpius tu aku x berapa nak heran sgt sebab mak abah selalu pakaikan baju yang sama, juz warna je yang berbeza.

Comelnya kembar ni pakai baju serupa. Tgk tu, botol air sama tp kaler lain2


Perkara yg selalu menjadi tanda tanya bg aku dan Ain adalah : tang mana yg serupa tu agaknya?
Sbb kami berdua mmg secara zahir dan batinnya adalah Yin Yang


  • Mata kami x serupa. Ain bermata bundar dan aku bermata sepet (tp aku tgk mata ko cam dah sepet je skang Ain *gelak jahat*)
  • Hidung pun x  sama. Hidung Ain sgt mancung, tp aku berhidung butang
  • Obviously Ain mempunyai satu saiz lebih kecik dari aku
  • Muka Ain mcm arabian sket, dan aku lak macam cina sesat
  • Tang mulut pon x sama. Ain lebih Angelina Jolie sket kalau nak dibandingkan ngan aku yg tipikal Chinese ni.
  • Warna kulit pon x sama okey. Ain putih vampire, n aku putih merah
  • Kalau tgk betul2 muka Ain mmg iras mak, dan aku iras Abah. Tapi Ain amek hampir semua perangai Abah dan aku amek hampir semua perangai mak :D
  • Pattern rambut pon x sama
  • Appearance lagilah x serupa. Ain ala2 uztazah wannabe, aku pulak entah-nk-jadi-hape-la-budak-ni
  • Pendek katanya, Ain lebih cantik dari aku *sambil menumbuk dinding*
Kami tersangatla Yin Yang

So, lepas ni kalau orang tanya lagi, aku tumbuk je terus muka dia apa la reaksi yg aku patut bagi? 


Tuesday, October 26, 2010

Di Usia 24 tahun...

Dah 24 tahun...
tapi ,
apa yg aku dah capai dalam hidup aku?

pekerjaan?
takde....

calon suami?
takde jugak...

kereta?
jauh sekali...

duit?
ni lagi la...


serius aku rasa aku sungguhla LOSER....

Hamboih ko, sedap mengata aku loser. Aku jual kat Siam kang.


 
 Bilangan duit idamannnnnnn


Apa yg aku ada sekarang hanyalah kasih sayang keluarga *bersyukur*
dan segulung degree...itupun degree tu belum digulung lagi...entah2 print pun belum...
dan juga hutang PTPTN dan MARA...

 Apa nilai fresh grads macam aku ni?


Aku kadang2 tak faham (selalunya faham) kenapa company2 yang nak hire chemist hanya hire orang yang ada experience je. Dah ko x amek aku kerja, camnela aku nak ada experience ngok.

Aku lagi tak faham kenapa Universiti Tolong Melayu ni wujudkan course Forensik kalau diorg sendiri x tahu mana hala tuju Forensik kat Malaysia. Forensik kat Malaysia ni bukan macam cerita CSI. Kat sini kau hanya akan terlibat dan akan jadi Forensician kalau kau dari bidang Medic atau Polis.

Dan yang sedihnya, Aku tak cukup tinggi nak jadi polis...dan adalah x mungkin aku aku akan jadi doktor sebab aku kena start semula dari bawah. Hutang ngan kerajaan berlambak, inikan pulak nk amek Medic.cis.

Walaupun major aku kimia sebenarnya dan kitorang boleh masuk industri kimia ni, tapi rata2nya semua nak yang ada pengalaman. Ada juga yang nak bagi peluang kat fresh grads macam aku ni tapi kitorang kena bersaing dengan MasyaAllah-ramainya-umat-Malaysia-yang-amek-Chemistry-macam-aku. Dahla peluang ada satu je, pastu nak kena berebut lak ngan beribu-ribu fresh grads yang lain...aish, lao aku deans list setiap sem xde la nak risau, ni....


Impian nak jadi chemist kiut dan berlagak poyo yang tak berapa kesampaian. Kesian bapak aku tak dapat kembang2kan hidung dia tanda bangga


Dulu, masa ada lagi setahun nak abes belajar, aku pernah melawak ngan kawan aku, kata yang aku akan jual bakso kalau tak dapat kerja. Sekarang dah tak lawak dah, memang betul2 kena jual bakso =_='

Kalau nak kerja ngan bidang yang berlainan dari apa yang aku belajar, memang boleh, tapi tak banyak pilihan. Yang ntahhapehape pulak tu. Kerja2 jenis menipu orang. Pernah jugak aku dioffer kerja yang jarak gaji budak SPM ngan lepasan Degree cuma RM100 je. What The???

Paling tak boleh blah bila aku cuci mata kat booth yang ada kat MCTF '10, de satu booth ni dengan berlagaknya tanya aku "why should i hire someone from science background for this position blablabla". Aku tau ni memang soklan wajib orang akan tanya aku, tapi takyahla wat muka kerek dan pandang aku sebelah mata hanya kerana aku budak sains (?) Dengan xde adab entertain visitor yang datang kat booth tu. Kalau kau tu orang HR xpela jugak, ni juz makcik2 jaga booth je...oh people...

Nak keje gomen? Jangan harap! ko ada kabel ke? <---monolog dengan diri sendiri

Fine. Mungkin aku tak dapat kerja sebab result aku x mantap macam budak2 matric kat kelas aku tu..Tapi, apsal diorang pun menganggur macam aku jugak.? Paling terer pon, ada la dalam kurang 10 orang yang jadik lecturer kontrak (sbb bukan lepasan master)... Tu belum kira yang kerja kilang (operator pengeluaran wanita), kerja kedai tudung, kerja taska, kerja Jusco, kerja Astro, dan macam2 lagila bidang yang lari gila dari kimia/forensik ni.

So, apa faedahnya buat course chemistry forensic analysis ni?




Nota kaki : Harap2 tahun depan aku akan post entry ~Di usia 25 tahun...dah punya segalanya..~