Thursday, November 25, 2010

Beg Hensem

Aku ada satu beg ni.
Yang specialnya, beg ni hensem.
Serius dia memang hensem.
Murah je pun beg ni. Murah sampai aku x ingat harga dia :D


Ini baju. Bukan beg.

Pasal apa aku cakap hensem?
Sebab mana2 je aku pegi, xde sape yg x pandang..
Ye la yela, mmg ada yg x pandang..
Tapi majoriti mmg akan pandang..
Oh, kenapa ye diorang sumer pandang beg kau Cik Ureiha Lat?
Sebab beg aku henggsem la..Berapa kali nak bagitau
HAHAHAHA <----kalau xnak gelak pun, sila paksa diri
*dushum-bunyi kena silambam ngan readers*

Okeh2 aku bgtau...
xyah nak guna tangan kaki pulak
letak tepi dulu kayu hoki tu
Kalau aku hilang ingatan lepas kena hentak, sape yg nk ingatkan pasal utang 5 hengget ko kat aku.?
Eh, apa? aku yg hutang ko 14 hengget? Silalah hentak aku sekarang.


 Inilah dia beg yang perasan hensem dan penuh kontroversi tu. Oh, model tu adik aku si Firdaus. Susah nak jawab kenapa dia tanak tunjuk muka. Mungkin sebab dia x hensem.

Dulu, inilah beg yg aku usung sana sini
Pegi kelas
Pegi shopping
Pegi jalan2
Pegi mana2lah pendek kata..

Bagi aku beg ni mmg best, sbb kreatif la kononnya, walhal berat ya amat.
Aku suka sangat2 beg ni, tapi aku x suka perhatian yg aku dapat dari beg ni
Giler kau, aku naik LRT org pandang, aku naik bas orang jeling
Tu belum lagi yg terlebih ramah buat interview kat tengah2 kenderaan awam.
Aku dahla stok x suka bercakap.

Pada asalnya, idea meletak button badges ni datang dari Ain. Sebab nak cover bahagian beg yang terkoyak.
Lepas tu terus jadi habit. Nampak je yang comel2 terus beli.
Nak2 lagi bila pegi CM. Dah belajar kat Shah Alam, jumpa pulak kedai yang jual menatang ni kat Kompleks PKNS. Agak mahal tapi tahan lama la jugak.

Kawan2 ngan famili pun bagi support. Siap wakafkan lagi diorang punya button kat aku. Terima kasih ye korang ;)
Tapi sayang sebab banyak yang dah tercicir, tercabut dan rosak.
Aku pulak jenis yang main redah je., memang padanla muka..
Takkan aku nak balut beg aku ngan plastik dan jalan macam miss world pulak...


Selain daripada berat, menarik perhatian, agak bising dan selalu tersangkut-sangkut dekat apa-apa-ntah,
beg ni selalu buat aku konfius. Kejap aku kira ada 51, kejap ada 50. Kira lagi ada 51 pulak.
Susah tau hati aku! XD

Kalau aku dapat susun macam ni, senang sikit nak kira. (Source)


Eh, apa?
Kau nak cakap beg aku ni x hensem, lagi menyemakkan?
Suka hati korang la...
Kehenseman itu kan subjektif
dan hak milik setiap insan..eh setiap beg..apa2 je lah....

Update : Ok, skang Firdaus dah merajuk tanak belikan aku eskem cornetto stoberi. Jadik kena buat pembetulan. Firdaus hensem la. Pergh ensem giler!! Done. Mana eskem akak?

Tuesday, November 16, 2010

Eh, kembar ke?


Eh, kembar ke?
duh..nila soklan yg paling femes kedengaran kalau aku keluar berdua-duaan dengan adik aku, Ain..
Sejak dari zaman berhingus sampailah errm oh sekarang pon berhingus lagi, gaya org yg menanya tu sama je
  • Pandang kitorang atas bawah
  • Pandang kitorang gilir-gilir. Lepas pndg aku, pandang Ain, pastu pandang aku balik dan begitu la seterusnya. Ish, x sakit ke tengkuk tu? rasa mcm nk betulkan je paksi tengkuk dia, tp disebabkan x berapa nak hensem, malas aku nak layan :D
  • Pastu tanya "Eh, adik beradik ke ni?"
  • Pastu tanya lagi "Kembar ye?"
  • Lastly, "Eh, ada mix ye?"
Jawapan yg aku bg selalunya bergantung pada mood aku..
Kadang2 aku jawab sejujur-jujurnya
Kadang2 aku jawab merepek-repek
Kadang2 x jawab langsung

Yeah kitorang memang kembar, tp kembar tahun je sbb jarak umur juz 11 bulan..
Masa kecik lao org terkenpius tu aku x berapa nak heran sgt sebab mak abah selalu pakaikan baju yang sama, juz warna je yang berbeza.

Comelnya kembar ni pakai baju serupa. Tgk tu, botol air sama tp kaler lain2


Perkara yg selalu menjadi tanda tanya bg aku dan Ain adalah : tang mana yg serupa tu agaknya?
Sbb kami berdua mmg secara zahir dan batinnya adalah Yin Yang


  • Mata kami x serupa. Ain bermata bundar dan aku bermata sepet (tp aku tgk mata ko cam dah sepet je skang Ain *gelak jahat*)
  • Hidung pun x  sama. Hidung Ain sgt mancung, tp aku berhidung butang
  • Obviously Ain mempunyai satu saiz lebih kecik dari aku
  • Muka Ain mcm arabian sket, dan aku lak macam cina sesat
  • Tang mulut pon x sama. Ain lebih Angelina Jolie sket kalau nak dibandingkan ngan aku yg tipikal Chinese ni.
  • Warna kulit pon x sama okey. Ain putih vampire, n aku putih merah
  • Kalau tgk betul2 muka Ain mmg iras mak, dan aku iras Abah. Tapi Ain amek hampir semua perangai Abah dan aku amek hampir semua perangai mak :D
  • Pattern rambut pon x sama
  • Appearance lagilah x serupa. Ain ala2 uztazah wannabe, aku pulak entah-nk-jadi-hape-la-budak-ni
  • Pendek katanya, Ain lebih cantik dari aku *sambil menumbuk dinding*
Kami tersangatla Yin Yang

So, lepas ni kalau orang tanya lagi, aku tumbuk je terus muka dia apa la reaksi yg aku patut bagi? 


Tuesday, October 26, 2010

Di Usia 24 tahun...

Dah 24 tahun...
tapi ,
apa yg aku dah capai dalam hidup aku?

pekerjaan?
takde....

calon suami?
takde jugak...

kereta?
jauh sekali...

duit?
ni lagi la...


serius aku rasa aku sungguhla LOSER....

Hamboih ko, sedap mengata aku loser. Aku jual kat Siam kang.


 
 Bilangan duit idamannnnnnn


Apa yg aku ada sekarang hanyalah kasih sayang keluarga *bersyukur*
dan segulung degree...itupun degree tu belum digulung lagi...entah2 print pun belum...
dan juga hutang PTPTN dan MARA...

 Apa nilai fresh grads macam aku ni?


Aku kadang2 tak faham (selalunya faham) kenapa company2 yang nak hire chemist hanya hire orang yang ada experience je. Dah ko x amek aku kerja, camnela aku nak ada experience ngok.

Aku lagi tak faham kenapa Universiti Tolong Melayu ni wujudkan course Forensik kalau diorg sendiri x tahu mana hala tuju Forensik kat Malaysia. Forensik kat Malaysia ni bukan macam cerita CSI. Kat sini kau hanya akan terlibat dan akan jadi Forensician kalau kau dari bidang Medic atau Polis.

Dan yang sedihnya, Aku tak cukup tinggi nak jadi polis...dan adalah x mungkin aku aku akan jadi doktor sebab aku kena start semula dari bawah. Hutang ngan kerajaan berlambak, inikan pulak nk amek Medic.cis.

Walaupun major aku kimia sebenarnya dan kitorang boleh masuk industri kimia ni, tapi rata2nya semua nak yang ada pengalaman. Ada juga yang nak bagi peluang kat fresh grads macam aku ni tapi kitorang kena bersaing dengan MasyaAllah-ramainya-umat-Malaysia-yang-amek-Chemistry-macam-aku. Dahla peluang ada satu je, pastu nak kena berebut lak ngan beribu-ribu fresh grads yang lain...aish, lao aku deans list setiap sem xde la nak risau, ni....


Impian nak jadi chemist kiut dan berlagak poyo yang tak berapa kesampaian. Kesian bapak aku tak dapat kembang2kan hidung dia tanda bangga


Dulu, masa ada lagi setahun nak abes belajar, aku pernah melawak ngan kawan aku, kata yang aku akan jual bakso kalau tak dapat kerja. Sekarang dah tak lawak dah, memang betul2 kena jual bakso =_='

Kalau nak kerja ngan bidang yang berlainan dari apa yang aku belajar, memang boleh, tapi tak banyak pilihan. Yang ntahhapehape pulak tu. Kerja2 jenis menipu orang. Pernah jugak aku dioffer kerja yang jarak gaji budak SPM ngan lepasan Degree cuma RM100 je. What The???

Paling tak boleh blah bila aku cuci mata kat booth yang ada kat MCTF '10, de satu booth ni dengan berlagaknya tanya aku "why should i hire someone from science background for this position blablabla". Aku tau ni memang soklan wajib orang akan tanya aku, tapi takyahla wat muka kerek dan pandang aku sebelah mata hanya kerana aku budak sains (?) Dengan xde adab entertain visitor yang datang kat booth tu. Kalau kau tu orang HR xpela jugak, ni juz makcik2 jaga booth je...oh people...

Nak keje gomen? Jangan harap! ko ada kabel ke? <---monolog dengan diri sendiri

Fine. Mungkin aku tak dapat kerja sebab result aku x mantap macam budak2 matric kat kelas aku tu..Tapi, apsal diorang pun menganggur macam aku jugak.? Paling terer pon, ada la dalam kurang 10 orang yang jadik lecturer kontrak (sbb bukan lepasan master)... Tu belum kira yang kerja kilang (operator pengeluaran wanita), kerja kedai tudung, kerja taska, kerja Jusco, kerja Astro, dan macam2 lagila bidang yang lari gila dari kimia/forensik ni.

So, apa faedahnya buat course chemistry forensic analysis ni?




Nota kaki : Harap2 tahun depan aku akan post entry ~Di usia 25 tahun...dah punya segalanya..~

Tuesday, October 19, 2010

My Niu Obsession :P

Ohmaigod10000x, aku x sangka aku akan tergoda ngan mamat korea! Sorri Japanese guys, mamat ni terlebih hot utk aku tolak yaww...

why? why? why?
  • Senyumannya yg semanis gula membuatkan aku mengurangkan kuantiti gula dlm kehidupan seharian :D dia ade lesung pipit tau tau tau

  • Terer siot menge"wink", tergoda ai

  • He's so talented! Boleh men gitar, drumming, piano-ing, singing, song-composing, modelling and acting.

  





  • Sgt tinggi : 183cm, org ketot mcm aku ni dahla cepat tergoda ngan org tinggi2 ni :p
  • hadoh of koz la sbb beliau sgt hot, xde sebab len dah nape aku minat dia...pedulik hape aku lao dia berlakon jadik org jahat ke anak ikan ke ape ke hahahaha


Slurpppp


 Awak, arijadi kite lambat agi la wak, ade lagi 4 bulan *hahaha, mereng da aku ni*



Bagaimana segalanya bermula?ececece

Ni sumer salah adik aku la! muktamad! *muka paling serius*
Diala yg p ajak aku tgk My Girlfriend is a Gumiho yg mana si NMW ni berlakon jadik Hot Mysterious Hunter aka Mr. Hot Vet. Pergh kalau betul ade Vet yg ensem camni, mmg aku bela kancil, zirafah etc kat blakang umah aku. pastu ari2 bawak jumpa vet hahahahaha


  
Tolong bgtau aku, how can i resist someone as hot as him? how? how? how?


 Apsal watak antagonis slalu lebih market dari watak utama?
 

NMW ngan binatang tu sama2 kiut ^_*







 Gambar masa zaman2 KRock dulu, oh how i wish Rose (nama dia masa jadik drummer) will reunite with The Trax one day. Dia sgt bergaya ok mase spin drumsticks and nmpk sgt passionate mase drumming and did the back-up vocal. Dan aku sgt suka stail rambut ponytail (olwez ♥ guys with ponytail...err tp bkn sumer la) dan stail rambut ala2 singa dia (messy blonde) masa zmn Trax baru nk up. Masa mula2 aku mmg rase stail dia mcm Yoshiki (Drummer + pianist X-Japan), rupa2nya Yoshiki la yg mengasaskan The Trax..Patutla lebey kurang je


 My fav version of Paradox. Live version was totally better than the original


 

NMW wat cover lagu Umbrella (KARA) dalam Star Golden Bell Ep 280..Snggup tu aku tuggu 2 ari nk full donlod.


 

 Pakcik ni dah start jadik wallie utk Mp3 ngan laptop aku skang :D


In the end, aku still rasa terkejut mcmmane aku boleh tersuka ngan Korean, KPop lak tu, aduiii.........
It's ok JRockers, korang ttp bertakhta kat ati aku (tapi separuh je la ati yg aku mmpu bg lol)

okeh, cau cin cau..mlm ni tido nk mimpi No Min Woo okeh!

p/s : credits to whoever owns the pics and vids...sadly i can't remember the site and the owner of those since it's been in my drive for quite some time.

Monday, October 18, 2010

Eksiden dan hikmahnya =)

Dah lebih kurang 10 hari Fauzan eksiden, dan semenjak dari tu lah, umah aku mmg xputus2 org datang ziarah. Memang hebat kuasa gosip makcik2 ni,mane taknya, Abah bgtau kat sorang je pasal hal eksiden tu tp tersebar ngan cepat sggh. Aku rase makcik2 ni mmg kelulusan Mass Com kot :D

Fauzan mula2 rasa rimas gak, tp bila dah sorang2 dtg bg sploh hengget, tros dia tny mak aku sape lagi kwn dia yg x dtg hahahaha...

Semalam, Abang mak aku ngan famili dia dtg. Mulanya aku igt diorg dtg ziarah biasa2 je, tapi rupanya ada hidden agenda :D Amboih, mak aku ngan akak ipar beliau bercadang nk wat Cheesecake secara beregu rupanya...

 




Mak2 sebok wat kek, aku lak sebok menggoreng kerepek pisang (yg abah parut ^_^v)
Pisang yg baru separuh luak...huhu byk giler, tp apsal xpenuh2 pon kat dalam tin? *sambil jeling kat org yg curik2 mkn kerepek* XD


Tapi aku rase mmg byk gak la hikmah akibat keeksidenan si Fauzan ni. Cthnya
  • Kitorang makin rapat. Memangla kitorang sgt rapat sblum ni...tp masing2 sibuk kan...Walaupun tiap2 mggu gak la dier ni balik umah, tp pas eksiden ni jadik makin rpat. Mane taknya byk masa berkualiti yg kitorg abeskan sama2 cthny mandikan dia (nak2 lagi bila Ain conteng bdn Fauzan....mula2 nk join skali conteng, tp bile diorg pandang muka aku n ckp "kan kamu jugak yg kena cuci nnt", baru aku perasan OH NOOOO!!!), temankn dia wat appointment spital, tgk tv sama2, taim tu mcm2 cerita kuar :)
  • Dapat mkn sedap2! Almaklumla mak msk mknn berkhasiat utk si pesakit, akak dia merangkap nurse+bibik ni dapatla tumpang sekaki ngeh3
  • ...dan yg pentingnya aku lebih sygkan dia...syukur Allah turunkan kecederaan ringan je kat dia...mungkin eksiden ni wat aku lebih menghargai adik aku...ye la, dulu cakap je nk pegi mana mmg dia anta akan aku, skang ni mmg terasa la sshnya bile x dpt nk dera dia pegi kedai,..aku jugak yg kena pegi aishhhh...

Besok Fauzan dah nk balik Poli, sedey ni wei...mesti terasa sunyi bila dia xde :(

Monday, October 4, 2010

Saya ada hobi baru :D (xdela baru sgt pon)

Sejak dua menjak dah abes blaja ni....saya suka sangat tangkap gambar MAKANAN!!

Tengok...siap ade satu folder pasal makanan je :D


Mee Bandung Segamat


Kek Choc Lat ~ Kek yg aku selalu wat time makan2 kat Hospital Serdang dulu. Rupa dier mmg x market langsung tp rase dier perghh sangat _____(sila isi tempat kosong, aku x reti nk puji diri sendiri XD). Resepi ni aku ubah ikut suka ati aku je, tp hasilnye mmg ____(sila isi sendiri lagi). Like mother like daughter sungguh, sbb mak aku pon suke oter2 resipi hehehe


Kek Marble ~ Kek yg mula2 skali aku blaja mase dip dulu :)


1st time wat tart telur, cuak giler biler tetibe tgk dier mcm nk meletop je

Rupe tart telur pada akhirnye...oh mengecut rupenyer. Pengecut la kau ni Tart hahahahaha


Choco Donuts yg sggh gebu



Choc Custard Pudding ~ lao wat ngan koktel buah lagi best



Gulai Lemak Pucuk Ubi ~ Resipi turun temurun dari arwah Opah. One of my favourites. 



Kalau tny kat mak aku : "makcik, ni ape?" mak aku akan jawab : "Puteri Mandi nak"
Kalau tny kat aku : "kak, ni ape?" aku akan jawab :"Puteri Pondan mandi...x caye? cube tgk tu...kan kaler pink tu...yg ijau tu alien tgh mandi"


Kuih Ketayap lalalala ♫



Chocolate Chips Cheese Tart made by my luvly sis, Ain



Kuih Cara yg xde rupa kuih cara langsung... Ni sebenarnya left-over adunan kuih cara tp pakai acu lain...



Bukak poser paling sempoi sbb abah xde kat umah, so xyah nk masak complicated, xyah nk kemas2 meja :D


Moral of da storie : Jgn aplod gambo tgh pagi2 buta...kan dah lapo ni...uhuk3

Gudbye September


September ni byk mende yg berlaku..
yg best, yg x best, yg x best, yg x best dan yg x best je memanjang....

yg best bile tang raye...dapat dwet raya yeihooo!
yg x best bile tang carik keje, carik keje dan carik keje

p/s : citer ni bosan sbb membabitkan watak wanita bershopping...taknak bace, boley bla hahahaha

okeh, kita mula dengan mlm 31 hb 8. Cei, bajet aku p sambut ambang merdeka la tu. Salah tu Puan Puan sekalian, sy pegi ceramah ugama tau (riak nih, abeh pahala aku :D) Di atas desakan (lebih kepada paksaan berupa hukuman mandatori yakni wajib pegi) oleh si Ain adikku, si Event Manager utk majlis "Kami Prihatin, Anda Bagaimana?",  aku pon akurla nk pegi. Lagipon mase aku buat event2 dl, dier yg slalu jadik tgn ke3 dan ke-4 aku. Skang ni taim dier, ape salahnyer aku tolong pulak kan. Lagipun, kebetulan venue event tu adalah tempat aku jadik International Student Orientation Leader (ISOL) dl, mmg nostalgik :)

Mule2 skali p jemput bubur lambok kat mesejid dengan Dayah. Awal2 lagi Ain da tempah bubur lambok dari Abah. Kire Abah mmg dah stand-by bubur lambok yg berlemon-lemon byknya. Time perasmian, adoi adela brape kerat je (mende baik mmg ssh nk dpt sambutan). Tapi biler taim mkn (bukak poser), pergh, penoh meja...siap ade yg mkn kat tangga tp biler time terawikh jadik sikit balik org yg ade. Felik....felik....Tapi aku bersyukur la jugak dipaksa dtg oleh si Ain ni. Bermakna sket mlm ambang merdeka tahun ni :) Lao x, mmg dah taim rasmi aku tido dah mase tu :D



Mana ye aku? aku dok bertentangan ngan akak pakai bj pink yg ngah dduk tu...Hoho of coz la x nmpk sbb aku ngah mkn ngan lahapnyer (almaklumla, mknn free :D)


Beberapa hari pastu, Ain bwk aku pegi beli bj raye yeiyei! Tapi malangnyer xde satu pon yg berkenan. Dah penat meneroka separuh Shah Alam, akhirnyer kami bwk blk mknn dari bazaar je hahaha. Asalnya igt nk bli kat First Ladies je sbb kat situ byk pilihan murah2 tp pilihan bj raya aku mendapat tentangan hebat 3 org escort yg boleh tahan pedasnye mulut diorg "Lat, xkan itam lagi, variasi la sket, bla...bla..bla". Tapi aku x berputus asa, w'pon rase cam nk nanges je bile tgk harga bj yg aku berkenan semuanya RM300++, waaaaa mana mak nk cekau dwet nyah oi. Setakat duit subsidi PAMA ni dapatla aku beli 1/3 je bj ni. Dwet simpanan lak nak guna bli kasut Arghh lecehla jadik pompuan ni, aku pakai baju melayu ngan selipar jepun kang baru tau huhuhuhu.

Esoknyer, dah penat2 meround Shah Alam lagi skali, kitorg pon pegi la Jakel sbg destinati terakhir. Wow, baju murah2, pilihan pon byk..Yummy yummy..Tengok punyer tengok, ha sekali terberkenan ngan satu kebaya itam (lagi skali) bersulam bunga kaler pink. Ok, kan dah variasi tu hahaha...tgk harga lak, oh, ok boleh sambar satu ni RM90++ je. Kain pon boley tahan. Tapi, bile tang bayar, alangkah terkejutnya aku bile amoi cashier tu kata "kak, RM5O" amma, murahnya!! Memang berbaloi-baloi XD jumpe lak kasut yg cantik giler ngan harga RM15 je. Mmg heaven la...Aku igt bj tahun lepas dah cukup murah ngan harga RM69 (w'pon ramai sedara mara x percaya dapt bj cantik ngn harga yg murah). Tahun ni lagi murah, siap leh cover kasut lagi ^_^ Pergh, tulis entri camni, aku rase cam bimbo lak hahaha. Then, dapatla balik Cheras ngan hati yang riang ria. Rindu giler kat mak :)

Dah nak raye, mulalah adik aku dua org tu Fauzan+Ain balik umah, bertambahla meriah bile taim bukak poser. Yang paling mengharukan tahun ni Fauzan ngan Firdaus sangat la ringan tulang, x berkira langsung bile wat kerja umah... Alhamdulillah (dapatla akak2 ni rilek2 sket..ehem maksud sy, meringankan beban akak2 *muka serious*)

Atas permintaan Cik Dayana Hamizah yg nk sgt tgk kuih raya aku. Ha, ni dier aku aplod. Satu gambar 80sen ok hahahaha


Kuih tart yg sungguh rapuh, lazat, lemak berkrim dan digemari ramai  :D ..Resipi terpaksa diubah sket sbb Abah beria-ia nk kuih yg cair di mulut...hahaha macam2... 




Tu diaaa...Kuih simpul inti serunding ikan bilis sudah siap dipacking untuk dijual. Kwn2 skola mesti kenal kuih ni sbb aku jual kuih ni masa kat skolah dulu ^_^v




Yang ni pulak kitorang panggil kuih Carpet. Antara biskut feberet bile org dtg bertandang. Sebenarnye biskut ni asal dari semperit, tp mak dah ubah sket resipi dier supaya kena ngan selera anak-anak. Kuih ni dah lama Sold-out. Seb baik sempat tgkp gmbr.

 Kuih Dam. Resipi ikut suka ati mak tp sedap (hihihi sumernye nk sedap aje)

......dan banyak lagi la kuih-kuih raya yg x sempat nk tmgkap gambar sbb dah selamat msk lam perut hahaha selamat ko Dd, kena bayar tiga hengget doposen je kat aku XD

Pagi-pagi lepas subuh, dalam kol 6 lebih, kitorang sumer pon berangkat balik ke Perak. Fauzan+Ain naik moto konvoi ngan keta Abah. Hujan, mak ai lebatnye mase pagi raya tu. Sampai2 je kat umah Atok, Ain ngan Fauzan mmg habis basah kuyup, dahla da siap dressing ngan baju raya. Akhirnya budak 2 orang p beraya pakai t-shirt je, sempoi je Fauzan g beraya kat umah orang pakai kain pelikat Abah..sbb bajet balik hari, tu yg masing2 xde sparekan langsung baju.....Sampai semula kat Cheras dalam kol 9 mlm tu...nampaknya tahun ni beraya atas  highway je la...Tapi still best sbb dapat byk dwet raya... tiap2 thn, Aku ngan Ain mesti antara pengumpul dwet raya yg berjaya, sbb pakcik makcik semua pakat bg ikut umur, lagi besar, lagi byk dwet raya...best kan... :D


2  orang makhluk yg selamber beraya dengan memakai t-shirt pada hari raya pertama setelah mengalami kekalahan dengan hujan meskipun berjaya berteduh di bawah jambatan :D


Dah abes citer raya, citer pasal carik keje lak...

After applying jobs in science-related field and ended up nothing happened (for 3 months), tros aku cube bidang lain pulak..banking, sales etc...

My first interview was somehow surprised me a lot, ade 3 stages yg nk kena lengkapkan dalam masa satu hari..n kalau gagal at the 1st stage, i will be eliminated! Penat je datang jauh2 kan. Macam AF lak...dahla interview dalam group, dalam 11-12 orang... org len free2 je la tgk aku jawab soklan.

Stage 1 kena wat Product Presentation, mcm budak marketing lak aku rase...however, i passed it ^_^v . The second stage also went well, even the interviewer praised my English :D and as expected I passed stage 3 too (mase ni adela brape kerat je org yg tinggal). Diorang soh dtg keje the next week (27/09), but i declined and said I've another interview the next wednesday (29/09). The interview on the next wednesday went smoothly but ade something fishy about the company, sedeynya..dahla aku berkenan ngan keje tu T_T ... Yang x sangkanya the first company called me on friday and asked if i'm still interested...unfortunately i turned down both offers tapi xpela, I've no regret, becoz i've my own reasons :)

Jadiknya, skang ni kena la teruskan mencarik keje....xpon sambar sorang Dato' je la hahahahahahaha


Susah2 sgt nak carik keje ni, aku jual bakso je la nnti XD


 Keje ni pon cam best je hahahahaa

Papepun, hope bulan 10 ni dpt rezeki yg lebih baik dari dari bulan2 sebelum ni...amin :)

P/S : Rase sgt hepi sbb da dpt tgk Liar Game The Final Stage Movie..Highly recommended ok citer ni..finally Akiyama reti jugak senyum instead of smirking all d time :P